like this first~ hottest owner in da world!
touch below~ hello peeps ! welcome to super awesome.enjoy your life :D you only know my name NOT my story. to know me more? read this bloggie ~ hearts of love!
| BEWARE FROM SYIAH!! Assalammualaikum semua. Lama Fai tak update blog~ Bersawang sudah. Sejak kebelakangan ini negara kita digemparkan dengan fahaman syiah yang semakin menular dikalangan rakyat Malaysia tanpa kita sedari. Jadi dengan sedikit ilmu yang masih ada pada diri ini sudi berkongsi dengan rakan-rakan bloger sekalian. Apakah Syiah Syiah (شيعة Syi'aṯ) ialah mazhab kedua terbesar dalam Islam selain daripada Sunni. Muslim Syi'ah mengikuti Islam berbeza dengan apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad dan Ahlul Bait-nya kerana menolak hadis yang berlawanan dengan kepercayaan mereka. Syi'ah menolak kepemimpinan dari tiga Khalifah Sunni pertama malah sebahagian mereka menghina para Khulafa'Ar-Rasyidin yang merupakan sahabat Rasulullah S.A.W ini seperti juga Sunni menolak Imam Syi'ah. Bentuk tunggal dari Syi'ah adalah Shī`ī (Bahasa Arab: شيعي.) menunjuk kepada pengikut dari Ahlul Bait dan Imam Ali. Tetapi Ali bin Abi Talib dan para Ahlul Bait sendiri telah menolak kepercayaan Syi'ah dan menyatakan mereka sebagai kafir. Kebanyakan Sunni Islam mengatakan bahawa Mahzab Syiah merupakan satu kefahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam kerana fahaman ini mendakwa bahawa Ali iaitu sepupu Rasulullah sepatutnya menjadi khalifah selepas kewafatan Baginda, dan bukannya Abu Bakar. Sejarah Syiah Terdapat DUA pendapat jelas tentang terhasilnya aliran Syiah. Pendapat pertama mengatakan ketika berlakunya Perang Siffin di antara Ali RA dan Muawiyah RA. Pandangan ini secara tidak langsung mengatakan bahawa pengikut Ali RA beraliran Syiah manakala pengikut Muawiyah pula Sunnah wal Jamaah. Namun demikian ia bukanlah begitu. Ijtihad yang dinyatakan oleh Muawiyah didapati tidak benar dan pendapat Ahli Sunnah jelas lebih cenderung kepada Ali RA.
Pendapat kedua pula mengatakan kemunculan Syiah setelah kematian Husain bin Ali RA. Ketika beliau keluar daripada pemerintahan Yazid bin Muawiyah atas panggilan penduduk Iraq yang akan menyokongnya di sana nanti. Namun, mereka mengkhianati beliau dan menyebabkan beliau terbunuh di Karbala.
Akibat daripada pembunuhan itu, muncul sekolompok muslim menuntut agar pembunuhan tersebut dituntut bela. Ada pula sekolompok yang lain menghukum kelompok ini kafir kerana sudah terkeluar dari pemerintahan Bani Umayyah. Lalu berlakulah pergaduhan dan menyebabkan beberapa orang daripada kalangan penyokong Husain terbunuh dan mereka digelar sebagai Syiah.
Ini secara tidak langsung menjelaskan hubungan kuat antara Syiah dan Husain RA berbanding Ali RA sendiri. Ini jelas apabila para pengikut Syiah menyambut 10 Muharram sebagai mengingati hari kematian Husain disambut dan tidak pula hari kematian Ali.
Akibat dari peristiwa itu, wujud golongan yang menentang pemerintahan Umayyah dari segi politik sahaja, sedangkan akidah, dan mazhab fiqh mereka masih tidak bertentangan dengan Ahli Sunnah. Mereka adalah pemimpin awal Syiah yang masih bermazhab Sunni.
Secara keseluruhan artikel ini bukan lah untuk menanam benih kebencian pada fahaman syiah ini, tetapi sebagai ingatan kepada kita semua dan mengenai mereka yang berfahaman syiah. Ini ada mereka yang salah faham mengatakan syiah itu islam cuma berbeza mazhab, tetapi sebenarnya syiah bukan mazhab tetapi agama. :)
|