(؛ ǝɯosǝʍɐ ɹǝdns

like this first~



hottest owner in da world! touch below~




Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to super awesome.enjoy your life :D you only know my name NOT my story. to know me more? read this bloggie ~



hearts of love!








CINTA + OVER = LALAI

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. salam to all readers. hari ni nak cerita tentang cinta. cinta apa? cinta-cintun? cinta monyet? cinta ayam? cinta apa lagi? haha. nak habar tentang PERASAAN CINTA DAN CARA NAK ELAKKAN AGAR TAK LALAI. ada paham? kita tidak boleh membuang perasaan cinta itu, kerana ia adalah fitrah semulajadi yang di berikan oleh Allah kepada kita. takkan lah suka suka kita nak buangkan? hahaha. awak fikir cinta itu macam apa? PAMPERS yang dah pakai. boleh di buang begitu sahaja? NO. sebeb ia adalah ANUGERAH yang sangat berharga bagi setiap insan di dunia ini.

Sebenarnya tak ada tips untuk ‘membuang perasaan cinta kepada seseorang’ tapi cuma ada ‘tips mengawal perasaan cinta itu untuk mengelak hati menjadi lalai’. Sebab kita tak mampu nak buang fitrah itu cuma mampu mengawalnya. erm. jadi macam mana nak mengawalnya? haha. ini ada sedikit tips yang boleh fai share dengan korang. semua ni kredit dekat belog doktor cinta :) thanks doc~

hayati lah gambar ini dulu ;)

1- Dekatkan diri dengan Allah, wujudkan link dengan Allah. Sebab, bila kita ingat Dia, bila kita tahu yang Allah sentiasa melihat kita, kita akan takut untuk buat dosa. Sekaligus, keyakinan kepada Allah meningkat. Macam mana nak wujudkan link dengan Allah?

- baca ayat-ayat cinta dari-Nya, (al-Quran), baca tafsir faham makna, latih diri bangun qiam (untuk tambahkan kekuatan hati), sentiasa ingat kepada Allah dan perkara sewaktu dengannya.

Apabila kita dekat dengan Allah, kita kerap ingat kepada Dia, insyaallah, hati kita takut berbuat dosa.
siapa sayang ALLAH?

inilah ayat ayat suciNYA :)
2- Tambahkan ilmu pengetahuan tentang agama, dekati majlis-majlis ilmu (yakni taman-taman syurga). Jangan biarkan kita jahil ilmu agama. Walaupun kita ada master PHD dalam bidang lain contohnya, ia tetap tidak bererti andai anda tak ada ilmu agama. Maka, seimbangkan.

taman taman syurga.

INGATTTTT! hahahaha.

pesanan IMAN AL GHAZALI.

3- Tanamkan keyakinan bahawa Allah penyusun takdir yang terbaik. Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Kalaupun dia bukan jodoh kita, misalnya dah tahu dia ni berpunya, dah bertunang, katakan kepada diri bahawa ada seseorang yang lebih baik di hadapan anda. Setiap takdir yang berlaku ke atas kita, ingatlah, bahawa itulah yang terbaik untuk kita yang telah Allah tetapkan. So, jangan kecewa! =)

mengadulah kepada ALLAH :)
4- Berkumpul dengan orang-orang soleh. Beritahu kepada kawan terdekat anda yang paling soleh/solehah/thiqah (pendek kata yang boleh dipercayai menyimpan rahsia anda). Peranan kawan-kawan yang soleh solehah ini tadi, akan sentiasa menasihati anda, jika anda sedang cuba-cuba untuk menghubungi dia, sengaja mencipta ‘ukhuwah’ peranan sahabat tadi akan menasihati anda.

haha. inilah yang fai maksudkan :)
5- Jangan cuba-cuba meluahkan perasaan anda kepada si dia (umur masih muda-masih banyak keperluan lain). Maksudya di sini, jangan saja2 test market, nak test dia terima ke tak. Nanti tak terima, frustrated pulak, kalau terima pulak, lain cerita lagi. pendek kata jangan cipta ‘ukhuwah’ melainkan ada keperluan penting. (jika waktu belum mengizinkan)

tak moh tak moh~

6- Jika berpeluang berkomunikasi dengan dia, perlu cool. I mean tak perlu gelabah sebab ada perasaan dengan dia. Kita mesti tak senang duduk kan bila berhadapan dengan orang yang kita suka? =) Jadi, kawal diri anda jangan sampai ketahuan.

jaga jarak anda. anda mampu mengubahnya~

7- Ingatkan diri sendiri lagi, ilmu yang dipelajari perlu diamalkan. Tahu zina banyak cabang. Zina hati terutamanya. apabila memikirkan tentang dia, pergi buat kerja lain yang boleh alihkan perhatian daripada terus ingat dia. Malam2 sebelum tidur ingat dia, pergi berzikir untuk nyahkan dia. jauhkan zina hati. Agak susah untuk buat sebab kadang2 kita tak sedar. But we have to try.


anda mampu mengubahnya ;)

8- Sentiasa buat muhasabah setiap hari tentang bahayanya cinta. Boleh baca previous entry tentang cinta. Sekali kita dekat dengan cinta manusia (yang haram) bermakna kita akan berpotensi untuk jauh dari cinta Allah.

muhasabah bersama :)

 9- Sentiasa ingin memperbaiki diri ke arah yang lebih positif.

jangan sesekali untuk berfikirn negatif~

10- Last sekali, apa yang kita boleh buat, berdoalah. Ikhtiar terakhir. Berdoa itu senjata orang mukmin. 



berdoalah kepada Nya :)

haa. inilah yang dapat fai kongsikan dengan awak semua. semoga membantu kita semua mendekatkan diri lagi dengan ALLAH dan mencari cintaNya yang hakiki. hanya sekadar pandangan, waallahu'alam~ 





berdoa :)